Friday, August 21, 2015

Resepi Yee Mee Claypot

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nak leteak resepi Yee Mee Claypot. Haa.. Yang mahal skit kos nye sebab ada brokoli. Hihihihi...



Ni antara dish yang senang sangat buat selepas Yee Mee Sizzling. Masih gunakan Yee Mee yang sama cuma Gravy je lain tanpa kicap. Dan sangat sihat. Sesuai untuk orang yang nak diet macam saya. Hihihi.. Tapi untuk resepi ni mesti guna claypot. Sbb claypot ni bagi aroma rasa yang unik pada masakan tu nanti.

Bahan-bahan:
1 Yee Mee
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji Cendawan Shitake
1 batang carrot
1/2 pokok brokoli
5 Cili padi 
1 tomato
1 biji Telur ayam
Isi ayam agak2
4 biji fish ball
Daun sup
Daun bawang
1 sb sos tiram
1 sd lada sulah
1 sk tepung jagung
1 sb Minyak bijan
Blend atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis semua bahan tadi. Masukkan sos tiram dan tumis sekali.
Masukkan isi ayam, fish ball, cendawan shitake dan cili padi. Letak setengah cawan air kuah. Kalau ada stok ayam atau stok air udang lagi sedap. Masukkan sayur yang keras i.e. brokoli dan carrot. Biar mendidih seketika. Masukkan tomato.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan lada sulah. Akhir sekali a splash of minyak bijan untuk dapatkan aroma authentic chinese noodle tu (yes.. the secret is in the sesame oil).
Akhir sekali masukkan yee mee dan pecahkan telur ke dalam claypot. Siap! Jangan lupa taburkan daun sup dan daun bawang.
Lepas masukkan mee dan telur boleh terus angkat claypot sebab claypot ni daya tahan haba sangat lama. Jenuh nak makan nanti sebab berasap2.
Klu nak yee mee lembut boleh celur sekejap dalam air.  Kena cepat makan sbb bila meresap nnti kuah akan memekat. Oh.. Lupa nak bagitau. Yee Mee ni dah sedia ada garam dan sedikit masin. Oleh itu kena pandai2 la adjust rasa garam tu.
 
Selamat Mencuba!



No comments: