Thursday, August 20, 2015

Resepi Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum w.b.t

Dalam Facebook saya ada kongsi resepi Sizzling Yee Mee saya. Now I wanna share in blog.




Its mudah, murah dan sedap. 1 dish utk sorang modal tak sampai rm3 pun. Letak kat sini supaya saya tak lupa.
Bahan-bahan:
1 Yee Mee
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
2 biji Cendawan Shitake
1 tangkai Sayur sawi
1 biji Telur ayam
Isi ayam agak2
5 tangkai Cili kering
1 sb sos tiram
2 sb Kicap pekat
2 sb Kicap cair
1 sk tepung jagung
1 sb Minyak bijan
Sedikit cili giling utk effect lebih pedas (optional)
Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia. Kemudian tumis semua bahan tadi. Masukkan cili giling. Sy letak dalam satu sudu besar.
Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Masukkan isi ayam, cendawan shitake dan cili kering. Letak setengah cawan air utk sedikit kuah. Kalau ada stok ayam lagi sedap. Masukkan sayur sawi. Setengah orang suka asingkan. Saya masukkan semua sekali. Senang.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan minyak bijan.
Akhir sekali masukkan yee mee dan pecahkan telur ke dalam kuali. Siap!
Klu nak yee mee lembut boleh celur sekejap dalam air. Tapi saya dan suami suka ada rangup2 gitu. Baru sedap. Kena cepat makan sbb bila meresap nnti kuah akan memekat.
Dan boleh dihidangkan dan terus makan.
Gravy tu boleh buat awal2. Tak payah letak sawi dan cili kering. Boleh simpan. Nak buat baru panaskan terus letak kuah atas pan sizzling tu. Saya takde pan sizzling so guna kuali leper je.



No comments: