Friday, August 21, 2015

Resepi Yee Mee Claypot

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nak leteak resepi Yee Mee Claypot. Haa.. Yang mahal skit kos nye sebab ada brokoli. Hihihihi...



Ni antara dish yang senang sangat buat selepas Yee Mee Sizzling. Masih gunakan Yee Mee yang sama cuma Gravy je lain tanpa kicap. Dan sangat sihat. Sesuai untuk orang yang nak diet macam saya. Hihihi.. Tapi untuk resepi ni mesti guna claypot. Sbb claypot ni bagi aroma rasa yang unik pada masakan tu nanti.

Bahan-bahan:
1 Yee Mee
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji Cendawan Shitake
1 batang carrot
1/2 pokok brokoli
5 Cili padi 
1 tomato
1 biji Telur ayam
Isi ayam agak2
4 biji fish ball
Daun sup
Daun bawang
1 sb sos tiram
1 sd lada sulah
1 sk tepung jagung
1 sb Minyak bijan
Blend atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis semua bahan tadi. Masukkan sos tiram dan tumis sekali.
Masukkan isi ayam, fish ball, cendawan shitake dan cili padi. Letak setengah cawan air kuah. Kalau ada stok ayam atau stok air udang lagi sedap. Masukkan sayur yang keras i.e. brokoli dan carrot. Biar mendidih seketika. Masukkan tomato.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan lada sulah. Akhir sekali a splash of minyak bijan untuk dapatkan aroma authentic chinese noodle tu (yes.. the secret is in the sesame oil).
Akhir sekali masukkan yee mee dan pecahkan telur ke dalam claypot. Siap! Jangan lupa taburkan daun sup dan daun bawang.
Lepas masukkan mee dan telur boleh terus angkat claypot sebab claypot ni daya tahan haba sangat lama. Jenuh nak makan nanti sebab berasap2.
Klu nak yee mee lembut boleh celur sekejap dalam air.  Kena cepat makan sbb bila meresap nnti kuah akan memekat. Oh.. Lupa nak bagitau. Yee Mee ni dah sedia ada garam dan sedikit masin. Oleh itu kena pandai2 la adjust rasa garam tu.
 
Selamat Mencuba!



Thursday, August 20, 2015

Resepi Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum w.b.t

Dalam Facebook saya ada kongsi resepi Sizzling Yee Mee saya. Now I wanna share in blog.




Its mudah, murah dan sedap. 1 dish utk sorang modal tak sampai rm3 pun. Letak kat sini supaya saya tak lupa.
Bahan-bahan:
1 Yee Mee
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
2 biji Cendawan Shitake
1 tangkai Sayur sawi
1 biji Telur ayam
Isi ayam agak2
5 tangkai Cili kering
1 sb sos tiram
2 sb Kicap pekat
2 sb Kicap cair
1 sk tepung jagung
1 sb Minyak bijan
Sedikit cili giling utk effect lebih pedas (optional)
Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia. Kemudian tumis semua bahan tadi. Masukkan cili giling. Sy letak dalam satu sudu besar.
Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Masukkan isi ayam, cendawan shitake dan cili kering. Letak setengah cawan air utk sedikit kuah. Kalau ada stok ayam lagi sedap. Masukkan sayur sawi. Setengah orang suka asingkan. Saya masukkan semua sekali. Senang.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan minyak bijan.
Akhir sekali masukkan yee mee dan pecahkan telur ke dalam kuali. Siap!
Klu nak yee mee lembut boleh celur sekejap dalam air. Tapi saya dan suami suka ada rangup2 gitu. Baru sedap. Kena cepat makan sbb bila meresap nnti kuah akan memekat.
Dan boleh dihidangkan dan terus makan.
Gravy tu boleh buat awal2. Tak payah letak sawi dan cili kering. Boleh simpan. Nak buat baru panaskan terus letak kuah atas pan sizzling tu. Saya takde pan sizzling so guna kuali leper je.



Wednesday, August 19, 2015

TTC Part 2 - Makanan Hospital

Assalamualaikum w.b.t.

Ni menu saya semasa dalam wad dari Jumaat 14 Ogos 2015 - Isnin 17 Ogos 2015. Ada beberapa jenis makanan yang saya lupa nak snap pic. Sebab dah lapar sangat memang terus ngap je :)















Dapat free toiletries. Cute! Boleh bawa naik flight.


Ni la menu yang kita kena tanda setiap pagi. 

Tuesday, August 18, 2015

TTC - Laparoscopy Endometriosis

Assalamualaikum w.b.t


Today I formally announce that I become a TTC-ian. Hoho!

Actually today is my 5th day after operation laparoscopy for endometriosis stage 2.
Yes people, sy pengidap endometriosis tahap 2. Alhamdulillah dapat kesan awal dan dapat buat rawatan awal. Bukan itu je. Doktor juga kesan ada Polyp pada pangkal rahim. Alhamdulilah dah buang. Semoga ada la rezeki saya untuk mengandung selepas ni.

Selama 4 hari duduk wad memang dilayan macam permaisuri. Saya buat rawatan di Pusrawi. Best sangat hospital ni sebab sangat Islamic. Doktor dan nurse semua baik2 dan lembut2 je. Alhamdulillah...

Saya diberi MC 2 minggu oleh Dr. Asmah. Dia la yang buat Laparoscopy pada saya. Sebelum ni saya bawah Dr. Natasha. 1 September kena follow up dengan Dr. Asmah balik.

Kerja pejabat? Erm.. ntah lah.. Nasib la... Better ambil berat pasal diri sendiri. Bila sakit kita sorang je yang rasa. Sakit perit pahit maung semua tu orang lain takkan ambil tahu. Baik kita jaga diri dan ikut arahan doktor. Buat yg terbaik untuk diri sendiri lebih baik. Bila kita kita sihat baru boleh kerja dengan baik. Betul tak?

Ok la.. Semoga saya lebih sihat lepas ni, Nak pegi makan ubat.

Tata titi tutu