Saturday, March 7, 2015

Laksa Johor

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni saya berjaya buat Laksa Johor. Yeay!! Sangat lama membuatnye. Kena siang semua ikan sendiri, rebus. Tgh blend barang2 tiba2 blender rosak siap berasap2. Sgt2 mencabar. Tapi alhamdulillah tepat pukul 615 petang En.Suami dapat menikmati juadah minum petang laksa johor hasil masakan isteri. Siap dengan ulam2an.

Resepinya saya tak ambil dari mana2 blog. Sy hanya ingat resepi ibu dan buat ikut bahan yg ada.
Saya letak resepi di sini utk kegunaan masa hadapan. Eceh!

Bahan bahan:1 paket spaghetti - makan 10 orang1kg ikan sardin/selayang 2 sudu besar rempah kari ikan Babas
2 sudu besar rempah kari daging Babas
2 sudu besar serbuk cili¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)2 cawan santan pekat (saya guna setengah kotak santan jenama kara)
Daun kesum (agak2 la)
Bunga kantan belah 4 (sebab saiz besar)3 cawan air½ cawan minyak masak1 sudu besar kerisik
Garam
Gula kabung (sbb ini ada dalam stok)

Bahan kisar:5 batang serai2 inci halia2 inci lengkuas5 biji bawang besar

Ulam ulam:TimunTaugeh
Kacang panjangLimau kasturiLobak asin

Sambal:
3 cili merah
5 cili kering yg dah direbus
Gula
Garam
Belacan

Cara cara:Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan, rempah kari daging dan serbuk cili yang dah dicampur air, dan tumis lagi sampai pecah minyak. 

Masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering, daun kesum, bunga kantan dan kerisik.

Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.

Untuk sambal, blend kan semua bahan tu. Tapi sebab blender rosak, terpaksa la gagahkan diri tumbuk je cili tu. Fuh!


Dan tada! Siap!!

Pagi petang siang malam la dok ulang makan ni sampai habis. hehe..
Raya nanti boleh la buat rumah terbuka masak laksa johor ni :-)


Update: En.Suami aka my handy man berjaya baiki blender. Yeay! Boleh main masak2 lagi.

No comments: