Friday, March 6, 2015

Asam Pedas Ikan Kerapu.

Assalamualaikum w.b.t

1st time buat asam pedas jadi! yeay!! Sebelum ni mmg tak terpikir langsung nak belajar buat asam pedas. Sebelum ni stakat tolong potong2 bawang je kalau ibu masak kat rumah. And... Alhamdulillah berjaya buat utk suami malam tadi. hehe..

So.. Here the recipe supaya tak lupa di kemudian hari.

BAHAN-BAHANNYA
Ikan kerapu yg dah di potong (senang tak payah nak siang2)
5 batang bendi muda (masa ni tak letak bendi sbb bendi kat kedai habis)
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk nasi cili kisar
2 camca besar pes asam jawa (ikut kepekatan n brapa byk kuah yg nak)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK (Tumis)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan, dibakar


CARA MEMBUATNYA 
  1. Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit pangkal dan hujungnya. Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga wangi. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya. Biar mendidih. masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Oh my.. Memang sedap sangat. Tapi masa ni tak sempat nak ambil gambar. Nasib baik nazirul datang makan malam so dia excited ambil gamba.



Rasa macam nak repeat lagi. Kali ni nak try ikan tenggiri. Nak cari juga bendi. Feveret tau bendi tu.



No comments: