Tuesday, January 27, 2015

Krabi Gateaway -Birthday Hubby- 2nd Day

Assalamualaikum w.b.t

Hari ke dua kami di krabi. Sarapan biskut, nescafe and roti yang dibawa dari malaysia (megi skali la. haha!) Awal2 pagi kami turun ke lobi tunggu orang pick up for our 1st activity iaitu ke Phi Phi Island. Sangat Best! Kami ambil pakej speed bot muat untuk 20 orang sahaja. Bak kata hubby, kalau tak ramai orang takde la serabut sgt. Ye dak?

Waiting for our boat to arrive 


Yeay! Thats our boat!


First stop. Bamboo Island. Masa ni tak tahan tengok air biru sangat rasa macam nak terus terjun je. But first, lemme take a selfie


Then singgah lunch at phi phi don. Masa ni memang tak jalan2 pulau pun. Kami duk makan kat situ sampai la tour guide kami panggil soh naik bot. Makanan not bad la. 


Its Halal!

Viking cave. Lalu je. Tak singgah pun. Tengok warna air tu.


Ahli rombongan




Masa ni kami dia Maya Bay. Tempat femes Leonardo berlakon cerita Beach. Cantik tempat ni.

Lupa nama tempat ni. Tapi kalau nak ke sini kena pergi jelajah belakang maya bay, naik tangga baru dapat tengok pemandangan ni 


Tengah2 pulau maya bay 


Then kami berhenti di Monkey Island utk snorkeling. 


Kedudukan statik je masa ni -_-' 


Bagi la can. Teruja sebab pertama kali snorkeling



Hubby berenang without life jacket kat tgh2 laut tu. Wife dia kagum jap. Haha! 


Dalam pukul 4 petang kami dah sampai ke bilik hotel. Malam tu ronda2 cari makan. Hubby haruslah bergambar dengan company dia. -_-'


Till Then... Tata

No comments: