Saturday, December 5, 2015

TTC - HSG

Akhirnya... kena juga buat HSG ni. Klu boleh ku nak elak sgt. Jujurnya ku sgt takut. Ku tak takut prosedur dia tp takut nak tgk result. Huhuhu..  27 nov datang juga si miss P. Haih.... why la.. now ngam2 cd10.

Datang drive sorang aje sbb hubby ada full medical check up dekat beacon hospital. Elok la.. isteri kat pusrawi 😅😅😅
Ku perasan if makan celeblax tgg tak sakit buat kaki n jari2 ku rasa kebas. Ku risau sbb tgh drive sndiri aje. Moga selamat sampai rumah. Ameen..

Untuk persediaan hsg ni ku dapat steroid (skali makan 8 biji. Nak muntah dibuatnya), antibiotics and cereblax. Now tgh tunggu giliran dan ku sgt sgt lapar. Ada bawa bekal pesto pasta ni tp segan plak kang bau satu deparment ni. Hahaha! 😅😅😅

Semoga result semuanya ok. Who ever yg baca blog ni. Pray for me guys.. 🙏🙏🙏🙏🙏💪💪💪💪💪

Monday, September 21, 2015

Selamat Pengantin Baru Nazirul&Liyana

Alhamdulillah saya dapat adik ipar baru. Yeay! Bertambah ahli keluarga Ahmad Shokhaily

TTC - Follow up check up

Today is my 2nd follow up after surgery. 1st was with 1sept. The doctor gave me zoladex date 17august before check out from hospital buat the zoladex doesnt work for me and next follow up was 19 sept.

On 17sept, I got called from the doctor's PA said that the doctor will not available because she last minute got called from Tabubg Haji to perform Hajj. Then she suggested me to check up with another doctor but male doctor. I asked her to confirm with me again on Friday 18sept.

On friday I waiting for the call but no one called me. So I emailed Dr. Natasya asked for her opinion. Alhamdulillah she replied very fast and asked me too book appointment with her. Me and hubby very happy. Why? Because we love her. She very peramah. Dengan senyum dia rasa tenang je.

Semoga check up hari ni smooth je. Feel lil bit dizzy. Hope tak tunggu lama. Sebab pengalaman dengan pusrawi ni tak tau la kenapa, memang kena tunggu la. Haha!

Friday, August 21, 2015

Resepi Yee Mee Claypot

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nak leteak resepi Yee Mee Claypot. Haa.. Yang mahal skit kos nye sebab ada brokoli. Hihihihi...



Ni antara dish yang senang sangat buat selepas Yee Mee Sizzling. Masih gunakan Yee Mee yang sama cuma Gravy je lain tanpa kicap. Dan sangat sihat. Sesuai untuk orang yang nak diet macam saya. Hihihi.. Tapi untuk resepi ni mesti guna claypot. Sbb claypot ni bagi aroma rasa yang unik pada masakan tu nanti.

Bahan-bahan:
1 Yee Mee
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji Cendawan Shitake
1 batang carrot
1/2 pokok brokoli
5 Cili padi 
1 tomato
1 biji Telur ayam
Isi ayam agak2
4 biji fish ball
Daun sup
Daun bawang
1 sb sos tiram
1 sd lada sulah
1 sk tepung jagung
1 sb Minyak bijan
Blend atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis semua bahan tadi. Masukkan sos tiram dan tumis sekali.
Masukkan isi ayam, fish ball, cendawan shitake dan cili padi. Letak setengah cawan air kuah. Kalau ada stok ayam atau stok air udang lagi sedap. Masukkan sayur yang keras i.e. brokoli dan carrot. Biar mendidih seketika. Masukkan tomato.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan lada sulah. Akhir sekali a splash of minyak bijan untuk dapatkan aroma authentic chinese noodle tu (yes.. the secret is in the sesame oil).
Akhir sekali masukkan yee mee dan pecahkan telur ke dalam claypot. Siap! Jangan lupa taburkan daun sup dan daun bawang.
Lepas masukkan mee dan telur boleh terus angkat claypot sebab claypot ni daya tahan haba sangat lama. Jenuh nak makan nanti sebab berasap2.
Klu nak yee mee lembut boleh celur sekejap dalam air.  Kena cepat makan sbb bila meresap nnti kuah akan memekat. Oh.. Lupa nak bagitau. Yee Mee ni dah sedia ada garam dan sedikit masin. Oleh itu kena pandai2 la adjust rasa garam tu.
 
Selamat Mencuba!



Thursday, August 20, 2015

Resepi Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum w.b.t

Dalam Facebook saya ada kongsi resepi Sizzling Yee Mee saya. Now I wanna share in blog.




Its mudah, murah dan sedap. 1 dish utk sorang modal tak sampai rm3 pun. Letak kat sini supaya saya tak lupa.
Bahan-bahan:
1 Yee Mee
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
2 biji Cendawan Shitake
1 tangkai Sayur sawi
1 biji Telur ayam
Isi ayam agak2
5 tangkai Cili kering
1 sb sos tiram
2 sb Kicap pekat
2 sb Kicap cair
1 sk tepung jagung
1 sb Minyak bijan
Sedikit cili giling utk effect lebih pedas (optional)
Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia. Kemudian tumis semua bahan tadi. Masukkan cili giling. Sy letak dalam satu sudu besar.
Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Masukkan isi ayam, cendawan shitake dan cili kering. Letak setengah cawan air utk sedikit kuah. Kalau ada stok ayam lagi sedap. Masukkan sayur sawi. Setengah orang suka asingkan. Saya masukkan semua sekali. Senang.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan minyak bijan.
Akhir sekali masukkan yee mee dan pecahkan telur ke dalam kuali. Siap!
Klu nak yee mee lembut boleh celur sekejap dalam air. Tapi saya dan suami suka ada rangup2 gitu. Baru sedap. Kena cepat makan sbb bila meresap nnti kuah akan memekat.
Dan boleh dihidangkan dan terus makan.
Gravy tu boleh buat awal2. Tak payah letak sawi dan cili kering. Boleh simpan. Nak buat baru panaskan terus letak kuah atas pan sizzling tu. Saya takde pan sizzling so guna kuali leper je.



Wednesday, August 19, 2015

TTC Part 2 - Makanan Hospital

Assalamualaikum w.b.t.

Ni menu saya semasa dalam wad dari Jumaat 14 Ogos 2015 - Isnin 17 Ogos 2015. Ada beberapa jenis makanan yang saya lupa nak snap pic. Sebab dah lapar sangat memang terus ngap je :)















Dapat free toiletries. Cute! Boleh bawa naik flight.


Ni la menu yang kita kena tanda setiap pagi. 

Tuesday, August 18, 2015

TTC - Laparoscopy Endometriosis

Assalamualaikum w.b.t


Today I formally announce that I become a TTC-ian. Hoho!

Actually today is my 5th day after operation laparoscopy for endometriosis stage 2.
Yes people, sy pengidap endometriosis tahap 2. Alhamdulillah dapat kesan awal dan dapat buat rawatan awal. Bukan itu je. Doktor juga kesan ada Polyp pada pangkal rahim. Alhamdulilah dah buang. Semoga ada la rezeki saya untuk mengandung selepas ni.

Selama 4 hari duduk wad memang dilayan macam permaisuri. Saya buat rawatan di Pusrawi. Best sangat hospital ni sebab sangat Islamic. Doktor dan nurse semua baik2 dan lembut2 je. Alhamdulillah...

Saya diberi MC 2 minggu oleh Dr. Asmah. Dia la yang buat Laparoscopy pada saya. Sebelum ni saya bawah Dr. Natasha. 1 September kena follow up dengan Dr. Asmah balik.

Kerja pejabat? Erm.. ntah lah.. Nasib la... Better ambil berat pasal diri sendiri. Bila sakit kita sorang je yang rasa. Sakit perit pahit maung semua tu orang lain takkan ambil tahu. Baik kita jaga diri dan ikut arahan doktor. Buat yg terbaik untuk diri sendiri lebih baik. Bila kita kita sihat baru boleh kerja dengan baik. Betul tak?

Ok la.. Semoga saya lebih sihat lepas ni, Nak pegi makan ubat.

Tata titi tutu






Monday, July 6, 2015

Barang Dapur dan Nasi Ayam

Assalamu'alaikum w.b.t

Barang dapur dah beli. Cukup la sampai raya ni. Kami memang mcm ni. Tiap2 bulan akan pegi beli belah barang dapur. Sebulan untuk kami berdua habiskan dalam rm150 untuk barang2 dapur. Additional rm50 untuk barang2 basah. 

Berdasarkan jadual, sy berjaya masak nasi ayam. Owh... mmg lama sungguh sy mengidam nasi ayam air tangan sendiri. Hehehe...

Barang2 dapur. Megi kari tu En.Somi yg punya.

Nasi Ayam feveret

Thursday, July 2, 2015

Journey Has Begun - Proses Membeli Rumah 2

Assalamualaikum w.b.t,

Letter Offer from Bank - Checked
SnP - Checked
Loan Agreement - Checked
EPF -
Letter Consent -
Valuation Fee -
Solicitor Fee -

Untuk membeli rumah, duit sangat2 diperlukan. Kalau takde memang susah hati. At least kena ada 16% dari harga rumah cash. If not... memang sangat susah.

Baru lepas settle dengan lawyer sign SnP. Tunggu owner rumah sign. Then sediakan dokumen untuk keluarkan duit KWSP. Peringatan ye, 10% for subsale house biasanya kena bayar semasa sign SnP. Tapiiiii... KWSP hanya boleh dikeluarkan lepas SnP complete sign by both party.

Sebab tu la kena ada cash at least 16% cash dalam tangan kalau nak beli rumah.

From my 2 cent. Till then.. Tata



Beli Barang Keperluan - Projek Iftar

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya dah takde idea nak masak apa untuk berbuka. Suami pula jenis yang suka makan macam2 juadah. Kena ada air, kuih lauk dan makanan2 lain. Jadi hari2 kena fikir menu supaya suami tak bosan. Nak makan kat luar rasa macam membazir. Barang dah mahal sangat. Sampai sekarang saya tak boleh nak terima kuih harga RM2 untuk 4 biji. Hello!!! Dulu RM1 boleh dapat 5! Erm... Saya rindukan kempen Inflasi 0% zaman Tun M dulu.

Ok lah! Enough merungut! So kita kena adjust diri dan sentiasa berjimat.

Sebelum beli barang dapur kena pikir nak makan apa dlu.

Jumaat
Roti John
Nasi Ayam
Barli
Kuew tiaw Goreng

Sabtu
Berbuka luar - Ada majlis iftar by Hidayah Centre

Ahad
Berbuka luar - Suami ada majlis berbuka dengan deparment

Isnin
Kari Ayam
Sayur campur
Roti John
Air Barli

Selasa
Ribena laici
Roti John
Asam pedas Ikan kembung
Sayur campur

Rabu
Fresh orange
Ayam masak kurma
Taugeh goreng
Karipap

Khamis
Sambal Udang
Sup sayur
Samosa
Soya Cincau

Jumaat
Terung goreng sambal
Ikan Masak Kicap
Karipap
Ribena laici


Cukup jadual seminggu! Now barang2 nak beli pula. Sebab banyak barang habis ni. Moga Allah beri kekuatan untukku memasak untuk suami.

Barli
Ayam
Udang
Ikan
Bebola Ikan
Karipap Frozen
Samosa Frozen

Daun bawang
Daun Sup
Carrot
Tomato
Bunga Kantan
Bendi
Bawang merah
Kobis
Taugeh
Cendawan
Kucai
Timun
Cili Merah
Cili Hijau
Terung
Tauhu

Sos cili
Kicap ABC
Kicap lemak masin
Serbuk kari ayam
Santan Kotak
Roti Sosej
Gula
Kuew Tiau

Berdasarkan pengalaman... Stok ni boleh tahan 2 minggu. Untuk sayur tu ada cara2 nya for it keep fresh. Jom shopping!

Till then.. Tata..

Sunday, June 14, 2015

The-Eat-What-We-Got-Challenge - Groceries Shopping!!

Assalamualaikum w.b.t

Its 2 weeks before Ramadhan and I got list of groceries to buy. so panjang this list!. Yeay.. I just loveee buy groceries once a month!

Here go the list:


  1. Bread
  2. Tuna in can
  3. Egg
  4. Fish - Ikan kembung
  5. Fish fillet - So convenience when you too lazy to cook
  6. Shrimp
  7. Chicken
  8. Salad
  9. Tomato
  10. Chilies
  11. Daun Kesum
  12. Bunga Kantan
  13. Ginger
  14. Brokoli
  15. Spageti
  16. Prego Bolognese
  17. Prego Carbonara
  18. Burger meat
  19. Orange
  20. Apple
  21. Lemongrass
  22. Pes tomyam
  23. Bihun
  24. Claypot
This is the plan;

Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Chicken Tomyam Tuna Sandwich Roti telur Fish & Chip
Apple juice Sup tulang Asam Pedas Fillet fissh sweet sour
    Orange juice  
Isnin  Selasa Rabu
Sambal Udang Ayam masak kicap Sandwich tuna
Fresh Orange Burger Udang masak lemak


Hari Khamis takde sebab dah start pose. So yang tu guna menu lain je. Hoho..
Antara gambar masakan yang berjaya di masak;

Tomyam ayam kaki ayam. Feveret suami

My Bekal. Olio Aglio. Simple yet yummy


Sup tulang, Sambal kicap, Telur



Berselera sungguh mereka berdua ni makan


Bahan bahan buat Asam Pedas



Thursday, June 11, 2015

Its Hard...

There's a moment
When you have to do all things by yourself
When you don't know to do
When no one able to help
When no one to hold your hand

There's a moment
You are at the most hard time in your life
You have no one to be your listener or by your side
You are in the toughest decision to make
You are in emotional down

There's a moment...
You are all alone...


Friday, June 5, 2015

Journey Has Begun - Proses Membeli Rumah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Hari ni semua dokumen completed.
Sempena my Birthday today, we've sent all document for loan approval.
Hope everything went smooth.

I never imagine that I'll buy a house before 30 years old. I am bit nervous.
May Allah ease everything.

Btw, I bought a house from Mudah.my. Just a small house. Sesuai la untuk dua orang duduk.
Since its a subsale. Nothing much we cant do except for repaint and rebuild whole over again the bathroom. The bathroom is too small. We dont like it. But its ok. We can renovate that later.

Till then.. tata..

p/s: Update from office. Ngeeee....

We'll see what will happen to the deco after we move in.






Sunday, May 31, 2015

Waxing and Threading

Assalamualaikum w.b.t.

Kebiasaannya ramai wanita di luar sana yang tak tahu pasal benda ni. Pada mereka waxing and threading ni macam taboo, memalukan kata mereka. Jadi memang ramai la yang tak tahu.

So, disini serba sedikit pasal wax and thread. Sebenarnya bagus buat waxing and threading ni. Especially for underarm. Yang lain tu masing2 punya pendapat la.

Memang berbeza antara bercukur dengan waxing. Bila buat wax and thread ni underarm lebih cerah tak lebam macam baru lepas bercukur tu. Harga pun tak mahal, murah je. Sekali buat underarm RM10 je. Untuk 1st timer kena la tahan skit. Berair juga la mata.

Tempat yang saya pergi ni dekat Bangsar, sebelah Bangsar Village. Orang India yang buat tapi muslim. Selesa la. Tak rasa malu sangat. Dont worry. There're professional. Tapi yang brazillian tu xtau la ye. Saya tak pernah buat yang tu, Malu...

Hihi.. Till the... tata


Friday, May 29, 2015

Working Life

Assalamualaikum w.b.t

Working life has been very stressful. More stressful than ever. Orang lain selalu kata, 'ala.. kerja tempat lain pun stress juga'. Yeahh.. Semua stress tapi paling stress bila dapat bos yang mental and psiko kan? I dont know. I never story about anyone in my blog. Tapi ni tercerita plak. Hahaha!

My working life story ni selalu nya orang susah nak percaya betapa teruknya kami kena psiko. Tapi tu la. Hanya mereka yang mengalami je yang paham. Kalau tak takkan la dalam masa setahun 8 orang masuk tapi 7 orang resign kan...

Kadang-kadang rasa kelakar bila ada orang baru masuk, budak2 seksyen lain akan bet brapa lama diorg ni boleh tahan. Hahaha!

Doaku moga Allah beri ketabahan dan kesabaran buat kami yang teraniaya oleh bos ni. Semoga berkat kesabaran ni ada hikmahnya. Doaku buat bos, semoga Allah berikan kesedaran dan lembutkan hatinya kerana beliau seorang Islam dan seorang ibu. Hidup ni bulat. Bila kita buat anak orang, mak orang, adik orang, tak mustahil Allah akan balas pada keluarganya juga. Semoga Allah ampunkan doasa kita semua dan halalkan setiap rezeki yang Allah bagi. Ameen...

Korang yang baca ni tolong doakan juga ye.

My breakfast and a bit of my sudut gembira. I put everything that will bring my smile here. 


Friday, May 22, 2015

The-Eat-What-We-Got-Challenge - Week 1 & 2

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Last week manage to only eat and cooked the only thing we got in Fridge.
Tak payah makan kat kedai. Boleh masak sendiri kat rumah je.
Harap boleh bagi motivasi pada yang lain untuk masak je kat rumah. Lebih jimat dan sedap.
Sebenarnya dalam masa 2 minggu ni masak macam2. Tapi ni je yang sempat ambil gambar. So minggu ni akan sambung apa yang ada dalam fridge.







Barang Basah
Siakap – Separuh (ekor)
Udang – 15 ekor  tinggal 10 ekor sebab buat nasi goreng utk bekal pagi ni
Kerapu – 1 pack
Sotong – 2 ekor besar
Ayam – sekor  Dah buat ayam panggang malam tadi. Siap basuh semua packing for Ayam masak merah, nasi ayam, isi ayam (utk goreng2)
Bawal – 2 ekor
Fish ball - 6 biji

Sayur
Bendi - 5
Carrot - 3
Daun Limau Purut - 1 plastik besar -_-"
Brokoli - dah guna suku
Salad - 1 pokok
Timun - 1 batang
Tomato - 2 biji
Kobis - sebiji
Kucai - separuh genggam
Cili hijau - 4
Cili Merah - 3
Serai - byk giler
Daun kunyit - pun banyak
Limau Nipis - satu plastik besar
Halia - 3 inci
Lemon - 2 biji

Misc
Telur - 3 biji
Sardin - 1 pack


Friday, May 8, 2015

The-Eat-What-We-Got-Challenge

Assalamualaikum w.b.t

Since me and hubby will shopping for groceries every week, terlalu banyak la pembaziran yang berlaku. Semuanya akibat konon letih lepas tu tak masak. This is no no no.. Jadi.. untuk mengelakkan lebih banyak pembaziran yang berlaku, I'll make a list of everything I got in my fridge and pantry.

So, here we go!

Barang Basah
Siakap – Separuh (ekor)
Udang – 15 ekor  tinggal 10 ekor sebab buat nasi goreng utk bekal pagi ni
Kerapu – 1 pack
Sotong – 2 ekor besar
Ayam – sekor  Dah buat ayam panggang malam tadi. Siap basuh semua packing for Ayam masak merah, nasi ayam, isi ayam (utk goreng2)
Bawal – 2 ekor
Fish ball - 6 biji

Sayur
Bendi - 5
Carrot - 3
Daun Limau Purut - 1 plastik besar -_-"
Brokoli - dah guna suku
Salad - 2 pokok
Timun - 2 batang
Tomato - 4 biji
Kobis - sebiji
Kucai - separuh genggam
Cili hijau - 4
Cili Merah - 3
Serai - byk giler
Daun kunyit - pun banyak
Limau Nipis - satu plastik besar
Halia - 5 inci
Lemon - 5 biji

Misc
Telur - 6 biji
Sardin - 1 pack



Saturday, March 7, 2015

Laksa Johor

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni saya berjaya buat Laksa Johor. Yeay!! Sangat lama membuatnye. Kena siang semua ikan sendiri, rebus. Tgh blend barang2 tiba2 blender rosak siap berasap2. Sgt2 mencabar. Tapi alhamdulillah tepat pukul 615 petang En.Suami dapat menikmati juadah minum petang laksa johor hasil masakan isteri. Siap dengan ulam2an.

Resepinya saya tak ambil dari mana2 blog. Sy hanya ingat resepi ibu dan buat ikut bahan yg ada.
Saya letak resepi di sini utk kegunaan masa hadapan. Eceh!

Bahan bahan:1 paket spaghetti - makan 10 orang1kg ikan sardin/selayang 2 sudu besar rempah kari ikan Babas
2 sudu besar rempah kari daging Babas
2 sudu besar serbuk cili¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)2 cawan santan pekat (saya guna setengah kotak santan jenama kara)
Daun kesum (agak2 la)
Bunga kantan belah 4 (sebab saiz besar)3 cawan air½ cawan minyak masak1 sudu besar kerisik
Garam
Gula kabung (sbb ini ada dalam stok)

Bahan kisar:5 batang serai2 inci halia2 inci lengkuas5 biji bawang besar

Ulam ulam:TimunTaugeh
Kacang panjangLimau kasturiLobak asin

Sambal:
3 cili merah
5 cili kering yg dah direbus
Gula
Garam
Belacan

Cara cara:Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan, rempah kari daging dan serbuk cili yang dah dicampur air, dan tumis lagi sampai pecah minyak. 

Masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering, daun kesum, bunga kantan dan kerisik.

Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.

Untuk sambal, blend kan semua bahan tu. Tapi sebab blender rosak, terpaksa la gagahkan diri tumbuk je cili tu. Fuh!


Dan tada! Siap!!

Pagi petang siang malam la dok ulang makan ni sampai habis. hehe..
Raya nanti boleh la buat rumah terbuka masak laksa johor ni :-)


Update: En.Suami aka my handy man berjaya baiki blender. Yeay! Boleh main masak2 lagi.

Friday, March 6, 2015

Asam Pedas Ikan Kerapu.

Assalamualaikum w.b.t

1st time buat asam pedas jadi! yeay!! Sebelum ni mmg tak terpikir langsung nak belajar buat asam pedas. Sebelum ni stakat tolong potong2 bawang je kalau ibu masak kat rumah. And... Alhamdulillah berjaya buat utk suami malam tadi. hehe..

So.. Here the recipe supaya tak lupa di kemudian hari.

BAHAN-BAHANNYA
Ikan kerapu yg dah di potong (senang tak payah nak siang2)
5 batang bendi muda (masa ni tak letak bendi sbb bendi kat kedai habis)
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk nasi cili kisar
2 camca besar pes asam jawa (ikut kepekatan n brapa byk kuah yg nak)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK (Tumis)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan, dibakar


CARA MEMBUATNYA 
  1. Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit pangkal dan hujungnya. Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga wangi. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya. Biar mendidih. masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Oh my.. Memang sedap sangat. Tapi masa ni tak sempat nak ambil gambar. Nasib baik nazirul datang makan malam so dia excited ambil gamba.



Rasa macam nak repeat lagi. Kali ni nak try ikan tenggiri. Nak cari juga bendi. Feveret tau bendi tu.



Monday, February 2, 2015

Terengganu Part 1 -Bertunang-

Assalamualaikum w.b.t

Eh! jangan terkejut tengok tajuk post tu. Bukan saya yang bertunang tapi adik lelaki saya yang nombir 4 tu yang bertunang. Balik je dari Krabi, seminggu kemudian terus ke Terengganu pula. Wah, berjalan sakan! Baju dalam beg [un tak sempat kemas habis lagi. wuuuu...

Masa ke Terengganu hari tu berat saya naik 2kg. Ni penahan asyik makan makan makan. Makan pula semua seafood aje. Ayoyoyo... Ingatkan balik dari Krabi kurang la berat. Skali makin naik pula. Tak pe la. ni petanda hati sonang. hohoho...


Baru beli kamera baru. Tak reti guna lagi. Gamba pun wide sampai jadi macam fisheye pula. 

Bersama opah tersayang 

On our way to Terengganu 


Singgah beli musang king. hohoho 

Sampai di hotel Seri Malaysia 

 While check in

Boys in charge of everything 

Tingkat 3 and takde lif! Owh.. Sian opah kena naik tangga. 

 Selfie?

 -_-"

3 generation. Yang gelap tu laut. 

 Making order

While waiting our food to be serve 

Hubby and Opah 

The food was so delicious and fresh! You can test the ocean 

Esoknya bangun pagi2 pergi jogging 

Sunrise 

Sunrise 

Dalam pukul11, bertolak la kami ke Kuala Berang menuju ke rumah bakal tunang adikku. Semasa dalam perjalanan, masih nampak lagi saki baki banjir bulan 12 aritu. .

Sesi berkenalan 

Sesi sarung cincin 


Dengan Ibu pula 

Maka dengan ini, tarikh perkahwinan jatuh pada 30 Ogos 2015! 

Buat secara kecil kecilan sahaja. Islam kan mengajar kita untuk bersederhana. Buat yg perlu sahaja. 

Jom balik g shopping! 

Ayah and the boys while waiting the girls shopping. hehe! 

Minum petang terus ke dinner. Puluk sotong, pancake cicah kari, sotong goreng tepung dan macam2 lagi. Mana la berat badan tak naik. Makan je kojenye. 

Time to go home! Hubby serious betul drive keta.  

 Singgah makan tempoyak patin. 

Till then.. Tata!